Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Monday 27 June 2011 | 22:52 | 0 Atasinchi
TAK MEMAHAMI 
Tak kisahlah dalam apa-apa perhubungan pun, selagi melibatkan interaksi antara sesama manusia, saling memahami ni aspek utama kalau nak sesuatu perhubungan tu kekal lama. Kalau dah pakwe awak-awak semua tu kata dia penat, nak rehat, janganlah pulak korang nak kacau-kacau dia, lagilah serabut kepala hotak dia...Bagilah dia rehat dulu, selepas tu agak-agak dia dah rasa tenang sikit barulah tanya sama ada dia ada masalah ke? Nak kongsi ke? Kalau nak, bagi dia cakap sampai habis baru korang cakap. Kalau taknak, biarkan dia rehat dulu. Kalau dia kata taknak, jangan pulak dipaksa. Kalau buat sekali-sekala memang rasa biasa je. Tapi kalau dah selalu korang buat laki korang macam tu, makan dalamlah jawabnya... 

TERLALU MENGAWAL/ CABAR EGO LELAKI
Masalah besar bagi kaum perempuan ni ialah suka mendesak, terlalu berharap dan terlalu fikirkan diri sendiri tanpa fikir pasangan korang tu. Kadang-kadang korang tak sedar bila korang bersama si dia, korang terlalu mengharap pada dia. Nak itulah, nak inilah...Kalau dapat laki yang kurang sabar, mesti dah kena tinggal. Tapi kalau dapat yang kuat sabar, dia akan cuba tunaikan jugak permintaan korang. Lama kelamaan bila korang selalu mintak itu mintak ini, mulalah ego laki tu tercabar. Sebab lama kelamaan permintaan korang tu jadi macam satu arahan buat lelaki.

Selepas tu, korang pun kena ingat. Pakwe korang tu pun manusia biasa. Dia pun perlukan privacy dan ruang untuk bersama dengan kawan-kawan apatah lagi duduk lepak rumah main game. Bagilah dia rasa enjoy jugak zaman bujang dia, jangan nanti dah kahwin dia ungkit, bercerailah jadinya.. Dan jangan terkejut kalau ada info yang mengatakan lelaki pada zaman sekarang ni lagi suka hidup bujang sebab senang tak payah nak kusutkan kepala fikir pasal perempuan. 

TERLALU SAYANG
Kes ni jarang-jarang berlaku tapi tak mustahil berlaku. Disebabkan terlalu sayang kat kau, dia terpaksa putuskan hubungan demi kebaikan kau sebab taknak tengok hidup kau susah dengan dia. Dia takut dia tak dapat membahagiakan dia dan siapa tahu, dia terpaksa buat macam tu sebab dia rasa dia bukan lelaki yang terbaik untuk menjaga perempuan yang terbaik macam kau. Jadi, kuatkan persefahaman kalau jadi macam ni. Kalau kau betul-betul cinta dia, kau kena tolong dia. Sama-sama susah senang kerana disebelah seorang lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita.

PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla ! You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Sing Along ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google